Rabu, 2 Disember 2015

JANGAN GANGGU TUNANG ATAU ISTERI ORANG

Jangan Ganggu Tunang / Isteri
Orang – Habib Ali Zaenal Abidin
by ADAM LIM
on OCTOBER 11, 2015
Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin
Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu
Bakar
Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April
1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa
Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6
adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan).
Beliau daripada keluarga sederhana yang
hidup di sebuah perkampungan yang didiami
oleh ramai para ulama dan terdapat juga
beberapa buah pondok pesantren di situ.
Sewaktu membesar, beliau berguru dengan:
Ustadz Hasan Baharom
Ustadz Soleh Bal Asad
Ustadz Abdul Hamid
Ustadz Soleh Bin Agil
Ustadz Ahmad Barakwan
Ustadz Husin Bin Abu Bakar
dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru
dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab
dalam bidang agama.
Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu
Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al
Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke
Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan
pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru
dengan: Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin
Dar Al Mustafa) Al Habib Ali Masyhur Al
Habib Salim As Syatiri Al Habib Hasan As
Syatiri Al Habib Abdullah Bin Syihab Al Habib
Abdul Qadir Jailani Al Masyhur Al Habib
Abdullah bin Syeikh Al Idrus Syeikh Fadal Ba
Fadal Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
Syeikh Umar Husain Al Khatib Syeikh Umar
Abu Bakar Al Khatib Al Habib Ali Abdul
Rahman Al Jufri Habib Umar Bin Hafidz
(kanan) bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al
Hamid.
Beliau juga adalah antara anak murid Al
Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar
Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai
seorang pendakwah mula diasah oleh Al
Habib Umar bin Hafidz.
Selepas pengajian beliau di Hadhramaut,
Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5
tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus
berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:
Dr. Abdul Badi Abu Hashim
Dr. Saad Jawish
Dr. Ali Jumah
Dr. Muhammad Jibril
Di sini juga beliau, seiring dengan belajar,
telah terus mengasah kemahiran berdakwah
beliau dengan mengajar dan mendidik
pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan
bangsa.
Setelah menerima ijazah (degree) dalam
jurusan Islamic Legislation and Law dari
Universiti Al Azhar, beliau meneruskan
kembara ilmunya di Universiti Islam
Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan
Al Quran dan Sunnah.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan